🔴[LIVE] PROGRAM MENGGAPAI BINTANG MATEMATIK TAMBAHAN ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

Expand
Turn Off Light

PROGRAM MENGGAPAI BINTANG MATEMATIK TAMBAHAN SPM

Tarikh: 17 SEPTEMBER 2021 (Jumaat)
Masa: 2.00 – 4.30 petang
Siri #5
Tajuk: Indeks, Surd dan Logaritma

Penceramah:
Cikgu Jamaliah Binti Mohd. Elmi
Guru Cemerlang Matematik Tambahan (DG52)
SMK Tamparuli, Tuaran, Sabah.

Moderator:
1. Puan Auvline Mansikul
Pegawai SISC+ Unit Sains dan Matematik
Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran, Sabah.

2. Encik Madslin Madlasim
Pegawai SISC+ Unit Sains dan Matematik
Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran, Sabah.

Keistimewaan:
# Penyertaan terbuka kepada semua murid dan guru Matematik Tambahan.
# e-Sijil disediakan.

Anjuran: Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

*************************************************************************************************

PENGENALAN
Program Menggapai Bintang Matematik Tambahan SPM 2021 merupakan salah satu aktiviti dalam program Peningkatan Peratus Pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik Tambahan yang dirancang oleh Pasukan Penggerak KPI 9 Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah bagi tahun 2021. Inisiatif ini melibatkan kerjasama dan perkongsian oleh Guru Cemerlang dan guru-guru pakar mata pelajaran Matematik Tambahan yang berkhidmat di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Perkongsian daripada kumpulan guru-guru cemerlang dan guru berpengalaman ini bertujuan untuk membantu guru-guru baharu serta membimbing murid dalam mata pelajaran Matematik Tambahan. Bengkel ini akan dijalankan secara dalam talian dengan memberi fokus bimbingan untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap semua topik dalam Matematik Tambahan KSSM. Rakaman perkongsian yang dihasilkan bukan sahaja dapat ditonton semula oleh murid berulang kali, malah guru juga boleh merancang penggunaan bahan bimbingan tersebut untuk membantu murid yang tidak dapat mengikuti siaran langsung secara dalam talian.

OBJEKTIF PROGRAM
Program ini dianjurkan untuk:
1. Memberi kemahiran cara penyelesaian masalah Matematik Tambahan yang paling mudah mengikut tajuk-tajuk dalam sukatan.
2. Mempelbagaikan kaedah alternatif untuk menjawab soalan Matematik Tambahan.
3. Membantu pelajar untuk meningkatkan penguasaan dan pencapaian dalam SPM bagi mata pelajaran Matematik Tambahan.

#i-SENSEI JPN Sabah
#unitsainsdanmatematikspbjpnsabah

Recommended Video

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *